Berakhirnya ia disini

Assalamulaikum…

Stelah hampir sebulan aku berfikir tentang silat… kemampuanku untuk menguruskan dunia persilatan, melakukan seperti apa yang dilakukan oleh guru silatku.. sehingga dia bertemu dengan pengganti dirinya.. Aku tidak tahu samada aku mampu atau tidak.. melakukan yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh beliau.. Selama aku menjadi anak muridnya, aku pernah diarahkan sekali dua untuk menguruskan sesi latihan ketika dia tiada…

Ternyata aku seperti tidak mampu, pelajar yang lain tidak mendengar kataku.. dan ianya memyebabkan semangatku unutk mengajar hilang.. seolah-olah kata-kataku tiada manfaatnya.. Aku hanya ingin melakukan tugasan yang diberikan kepadaku… dan sekiranya aku tidak berjaya melakukannya, aku merasakan seolah-olah aku tiada wujud dalam pandangan mereka dan tidak mengambil berat tentang apa yang aku ajarkan..

Kadang-kadang, aku yang terasa, apa yang aku ajarkan tiada kekal dalam ingatan mereka.. seolah-olah, semuanya tiada manfaat, sedangkan semua itu perlu diajarkan… Mereka tidak menghargai apa yang ku berikan.. sedangkan ilmu itu aku peroleh dari Guru yang sama dimana mereka menuntut.. Adakah disebabkan aku bukan Guru Silat??..  Aku sedih dengan semua itu..

Kini, aku memegang jawatan Jurulatih, dan aku telah diramalkan oleh Guru Silatku bahawa semua anak muridku yang akan ku ajarkan nanti tidak berguna.. tiada yang akan mengamalkan ilmu2 yang ku berikan kepada mereka.. Apa yang harus aku lakukan?.. Memang itu yang terjadi semasa aku belum dilantik sebagai jurulatih… Aku hanya melemparkan senyuman tika dia memberitahuku tentang semua itu..  Yang sebenarnya, hatiku benar-benar terguris.. Sedih.. kecewa dengan apa yang dikatakan…

Maka, aku terus berfikir tentang apa yang patut aku lakukan untuk mengelak dari semua itu berlaku.. Fikiranku buntu memikirkan semua itu.. Hanpir sebulan aku memikirkannya.. Sehingga tidurku terjaga.. mataku mengalirkan air mata.. Semangatku hilang…. Tiada yang mampu aku lakukan untuk membetulkan keadaan..

‘Ya Allah, berikanlah aku petunjuk’, aku sering berdoa kepada-Nya, agar aku diberikan petunjuk.. Apakah maksud semua ini..

Akirnya, Aku memngambil keputusan untuk mengundur diri dari dunia persilat Harimau Pusaka Ini.. sekurang-kurangnya, aku berjaya mempelajari semua ilmu dan diberikan sesuatu yang istimewa bagi diriku.. InsyaAllah tidak membahayakan diriku…

Telah banyak yang ku korbankan untuk silat ini..Aku berharap agar teman sepersilatanku akan meneruskan semuanya.. menjaga nama baik persatuan ini.. Aku hanya mampu untuk memerhati dari jauh dan aan terus menjaga nama baik persilatan ini.. InsyaAllah…

Sekiranya, mereka memerlukan bantuanku, aku masih akan membantu mereka.. tapi Statusku, aku telah mengangkat kaki dari dunia persilatan harimau pusaka ini.. Dan aku berharap mereka tetap mengingatiku sebagai seorang teman.. namun, jika aku dilupakan, aku redha dengan semua itu.. Tapi, dalam masa yang sama, nama mereka kekal tersemat di dalam jiwaku.. aku menghargai mereka yang telah membantuku atau tidak membantuku menamatkan pembelajaran di dunia persilatn harimau pusaka…

Aku juga menghargai mereka yang membenci diriku, dan aku mohon kemaafan jika aku melakukn kesalahan terhadap mereka.. Maafkanlah diriku,’ sedangkan Nabi Muhammad s.a.w memaafkan musuhnya’.

Kini, Aku bukan lagi pesilat.. mungkin hanya pesilat dalam persatuan itu, tapi diluar, aku telah kembali menjadi insan biasa yang telah meninggalkan dunia persilatan yang dicintainya..

Dengan ini, Aku mengangkat kakiku dari meneruskan Ceritaku sbg. Pesilat